PUTRAJAYA: Semua parti politik di negara ini perlu meminda perlembagaan parti masing-masing berhubung pelucutan keahlian bagi ahli parlimen yang menyokong pihak lawan. Ia seperti dilaksanakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui Mesyuarat Agung Khas parti supaya ahli parlimen yang mewakili parti mereka yang bertanding atas tiket parti setia kepada parti. Bercakap kepada Utusan Malaysia, bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar berkata, wakil rakyat…










