Muktamad segera kerjasama GRS-PH - Utusan Malaysia

Muktamad segera kerjasama GRS-PH

GRS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Gabu­ngan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) harus segera muktamadkan kerjasama meng­hadapi pilihan raya negeri (PRN) untuk me­nguasai undi di kawasan majoriti penduduk kaum Cina.

Pengerusi Gerakan Kua­sa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, jika di­lihat, kawasan majoriti Cina masih cenderung kepada PH maka kelebihan itu harus dimanfaatkan untuk GRS-PH kekal memerintah selepas PRN.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi GRS masa ini, gabungan tersebut boleh menang dengan majoriti besar.

“Penilaian prestasi G57 bersama dua badan bebas lain, kerajaan GRS-PH mempunyai prestasi cukup baik berbanding kerajaan sebelum ini.

“Berdasarkan rekod, kerajaan di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah membawa masuk pelaburan berjumlah RM10.17 bilion setakat suku ketiga tahun lalu sekali gus menjadikan Sabah negeri kelima ter­tinggi menerima pelaburan dari luar,” katanya dalam satu kenya­taan.

Menurut beliau, ma­salah kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, air dan elektrik yang membelenggu rakyat di negeri ini juga dijangka mampu diselesaikan menerusi rancangan jangka panjang yang sedang dilaksanakan.

“Sudah tentu keadaan jalan raya seperti laluan Ranau-Telupid-Lahad Datu dan beberapa laluan lagi memerlukan perhatian khusus. Namun, menerusi rancangan jangka panjang dirangka kerajaan, masalah asas sebegitu dilihat mampu di­selesaikan,” katanya.

Jelasnya, kegagalan kerajaan sebelum ini me­ngurus pelaksanaan kerja-kerja pembaikan dan pembinaan jalan , air dan elektrik membuatkan ke­rajaan GRS-PH berusaha sepantas mungkin untuk memastikan isu kemudahan asas itu ditangani dengan sebaiknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN