TUMPAT: Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Tumpat yang baharu berkuatkuasa semalam. Pelantikan Mohd Khairi bagi menggantikan Asisten Komisioner, Amran Dolah yang bertukar ke Kuala Lumpur sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Universiti Malaya. Terdahulu Majlis Serah Terima Tugas antara kedua-dua pihak itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat. Majlis berkenaan disaksikan oleh Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun.…










