Kontrak kerajaan dengan  Spanco masih berjalan - MOF

Kontrak kerajaan dengan  Spanco masih berjalan – MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, kontrak Kerajaan Persekutuan dengan syarikat Spanco Sdn. Bhd. (Spanco) pada masa ini masih berjalan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kementerian, ia berdasarkan ketetapan yang telah dimeterai antara kerajaan dengan Spanco.

“Kerajaan sentiasa memastikan kontrak perolehan syarikat Spanco bagi membekal, menyelenggara dan menguruskan fleet kenderaan Kerajaan Malaysia dilaksanakan mengikut keperluan, mematuhi tatacara perolehan dan melaksanakan semua due diligence yang sepatutnya,” kata kementerian menerusi jawapan bertulis Parlimen.

Kementerian berkata demikian bagi menjawab soalan Lim Lip Eng [ PH-KEPONG ] yang meminta Menteri Kewangan menyatakan sama ada kontrak perolehan syarikat membekal dan menguruskan kenderaan Kerajaan, Spanco Sdn Bhd (Spanco) merugikan negara dan jika perlu, kontrak itu ditamatkan.

Februari lepas, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan, kontrak perolehan membekal dan mengurus kenderaan kerajaan dikendalikan Spanco sebagai merugikan negara.

Oleh itu, beliau menghargai tindakan dilakukan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN