PUTRAJAYA: Malaysia tidak bermusuhan dengan mana-mana negara sebaliknya mengamalkan dasar luar secara menyeluruh bagi menarik pelaburan dan memulihkan ekonomi negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebagai sebuah negara kecil, Malaysia mahu lebih berkembang untuk menjaga kemaslahatan rakyat. Menurut beliau, langkah itu akan dilaksanakan biarpun ada negara barat yang sangsi hubungan baik Malaysia dengan China, malah berpendirian tegas dalam soal Palestin. “Cuma ada beberapa hal yang dibesarkan, soal Palestin…










