SEREMBAN: Pemberian tol percuma selama dua hari kepada kenderaan persendirian (Kelas 1) akan diberikan pada 8 dan 9 April ini bersempena perayaan Aidilfitri. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pemberian tol percuma itu akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya yang bermula pukul 12.01 tengah malam 8 April dan berakhir pada pukul 11.59 malam, 9 April. Kata beliau, pengecualian tol ini akan diberikan di semua plaza tol kecuali…










