Ada lagi pemimpin profil tinggi ingin sertai PKR - Utusan Malaysia

Ada lagi pemimpin profil tinggi ingin sertai PKR

Saifuddin Nasution Ismail
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Individu berstatus profil tinggi daripada parti-parti pembangkang sama ada pemimpin ataupun bekas pe­mimpin dijangka meninggalkan parti mereka untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya ada menerima permohonan daripada pemimpin-pemimpin yang mempunyai nama besar di dalam arena politik negara dan berminat untuk menyertai PKR.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, bahawa PKR tidak menggunakan apa-apa eleman seperti memujuk, mengumpan atau mengugut pemimpin-pemimpin berkenaan kerana merasakan lebih bernilai keanggotaan parti sekiranya ia merupakan pilihan sendiri.

“Saya boleh mengesahkan masih ada lagi orang-orang yang telah mendatangi dan menghubungi kami sama ada di pe­ringkat saya atau Presiden (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang menzahirkan hasrat sama.

“Kalau ada berita di sana, di sini tentang kemasukan anggota biasa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan sebagainya itu saya anggap perkara biasa sebab memang kami menerima pada sepanjang masa.

“Setiap bulan apabila saya bermesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), satu agenda khas Setiausaha Agung membentangkan permohonan menjadi anggota parti mengikut negeri dan cabang di seluruh negara,” katanya ketika ditemu bual Utusan Malaysia semalam.

Terdahulu, media me­laporkan, bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti (MPT)Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah sah menyertai PKR kelmarin.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, PKR membuat beberapa ketetapan sekiranya yang memohon dan meminta untuk diterima terdiri daripada mereka berpengaruh.

“Jadi itu mesti diberi justifikasi dan penerangan. Memang ada ada individu high profile yang mohon,” katanya.

Dalam pada itu, ketika diminta untuk mengulas mengenai dakwaan bahawa ratusan ahli akar umbi Bersatu, Menteri Dalam Negeri itu berkata, perkara tersebut berlaku sepanjang masa.

“PKR adalah sebuah parti yang terbuka, inklusif. Jadi parti akan terima siapa sahaja yang memohon untuk memasuki setelah MPP memberikan perakuan. Itu prosesnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN