SEREMBAN: Hanya 65 peratus majikan yang telah mendaftar di bawah Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 di negeri ini sudah melengkapkan proses verifikasi pekerja asing mereka. Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang menggesa baki 35 peratus majikan tersebut untuk segera berbuat demikian sebelum 31 Mac ini. “Pendaftaran untuk program rekalibrasi ini telah ditutup pada 31 Disember yang lepas dan majikan telah dipanggil untuk…










