Aminuddin terus jalankan tugas Menteri Besar

Aminuddin terus jalankan tugas Menteri Besar

AMINUDDIN Harun pada sidang akhbar di Kediaman Rasmi Menteri Besar di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Datuk Seri Aminuddin Harun akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan walaupun 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) telah menarik sokongan terhadapnya.

Katanya, beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir susulan tindakan wakil rakyat BN tersebut.

“Setelah melalui pertimbangan sewajarnya, Tuanku Muhriz telah menasihati dan menitahkan agar saya meneruskan tanggungjawab mentadbir sebagai Menteri Besar seperti biasa selagi belum terdapat kejelasan mengenai perkara ini. 

“Selaras dengan peruntukan undang-undang dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, kerajaan negeri akan terus berfungsi seperti biasa.

“Saya akan memastikan urusan pentadbiran berjalan lancar dengan tumpuan kepada kepentingan rakyat terus dipelihara,” katanya pada sidang akhbar di kediaman rasmi Menteri Besar di sini.

Sidang akhbar itu turut dihadiri oleh 16 lagi ADUN dari Pakatan Harapan (PH) termasuk Anthony Loke Siew Fook yang juga ADUN Chennah.

Yang Dipertua DUN, Datuk MK Ibrahim Abd. Rahman yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) negeri turut hadir pada sidang akhbar berkenaan.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN