Ahli Dewan di-Raja lapor polis hantaran hina Sultan Selangor

Ahli Dewan di-Raja lapor polis hantaran hina Sultan Selangor

Hina Sultan Selangor
SALEHUDDIN Saidin (tengah) bersama Ahli Dewan di-Raja menunjukkan laporan polis dibuat terhadap hantaran Facebook yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis susulan hantaran sekeping gambar dalam Facebook yang menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin dengan gambaran menjelekkan.

Ahlinya, Datuk Salehuddin Saidin berkata, laporan itu dibuat bagi meminta polis bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengesan pelaku dan mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Katanya, hantaran tersebut merupakan tindakan sengaja mencetuskan provokasi dan menghina institusi diraja khususnya Sultan Selangor.

“Jadi, kami terpanggil untuk memastikan tindakan segera terhadap si pelaku diambil dan menjadi satu pengajaran kepada semua mereka yang hendak melakukan perkara sedemikian pada masa akan datang.

“Selain laporan polis, untuk jangka panjang, tindakan undang-undang yang lebih serius (hendaklah) diambil sebab itu itu sedang tular dan kebetulan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melalui sidang Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau hadir kira-kira pukul 3.10 petang ke Balai Polis Shah Alam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membuat laporan polis.

Baru-baru ini tular dalam Facebook gambar seekor babi digambarkan dengan pakaian seorang raja berwarna kuning dengan niat menghina Sultan Selangor.

Hantaran tersebut dibuat selepas tindakan ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dalam perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor pada Rabu lalu yang menegaskan isu penternakan babi di Selangor tidak seharusnya dibezakan dengan haiwan lain.

Beliau berkata, risiko pencemaran, aspek kebersihan serta kesihatan dalam penternakan babi adalah sama seperti dihadapi oleh penternakan haiwan lain.

Malah, Salehuddin menjelaskan larangan ternakan babi seperti dinyatakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Persidangan Penggal Keempat DUN Selangor Ke-15 minggu lalu tidak wajar dipolitikkan.

“Tindakan sedemikian disifatkan sebagai sengaja memprovokasi rakyat untuk sama-sama membangkitkan kemarahan. Kalau ahli politik menggalakkan masyarakat memilih pihak ia akan menimbulkan ketegangan kaum. Ia sesuatu yang kita cuba elakkan.

“Jadi saya menggesa semua pihak di luar sana terutama pemimpin-pemimpin politik di luar sana terutama pemimpin-pemimpin suapa tidak mengambil kesempatan menambah lagi kemarahan rakyat,” tegasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN