REMBAU: Seorang wanita yang hamil empat bulan maut selepas motosikal yang diboncengnya terbabit nahas dengan sebuah van klinik pergigian dalam kejadian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, dekat pekan Kota, di sini, petang tadi. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa, Nana Toni, 32, mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Rembau. Menurutnya, anak mangsa,…










