Sindiket 'Ali Rohingya' sedia rumah tumpangan untuk PATI di Kelantan tumpas

Sindiket ‘Ali Rohingya’ sedia rumah tumpangan untuk PATI di Kelantan tumpas

RUSLIN JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kegiatan tekong darat didalangi individu dikenali ‘Ali Rohingya’ menyediakan rumah tumpangan buat warga Myanmar yang tiba di negara ini menerusi Kelantan terbongkar selepas dia ditahan, Sabtu lalu.

Kegiatan yang aktif sejak enam bulan lalu itu turut dibantu seorang lagi lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai Rahim yang berperanan mengatur pergerakan pendatang asing tanpa izin (PATI) sebelum dihantar ke ibu negara.

Penahanan kedua-dua mereka dilakukan selepas satu operasi khas dilaksanakan Pasukan Taktikal Khas Imigresen (Pastak) di sekitar Kota Bharu bermula pukul 1 pagi rentetan  tangkapan Geng Bob pada 3 Februari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, berdasarkan maklumat risikan, pasukan serbuan mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesen minyak berhampiran Wakaf Che Yeh di Kota Bharu.

“Susulan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri pihak berkuasa, suspek bertindak memecut laju dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan operasi.

“Tindakan pantas anggota Pastak berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN