PETALING JAYA: Kewujudan Parlimen Belia tidak boleh sekadar pelengkap atau rubber stamp tanpa memberi ruang sepenuhnya kepada golongan itu untuk terlibat dalam merencanakan pembangunan negara. Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhammad Iman Azhar berkata, Parlimen Belia perlu diberikan ruang dalam menjadi mekanisme semak dan imbang kepada polisi dan dasar yang dibentuk oleh Dewan Rakyat bagi memastikan setiap keputusan tidak mengetepikan suara belia. “Parlimen Belia perlu dilihat bukan sekadar…