KUALA KANGSAR: Peminat warisan budaya dan seni orang Melayu, Shaharuddin Man berpuas hati apabila berjaya mendapatkan sebilah keris tradisi daripada seorang pengumpul dari Israel. Beliau yang berusia 43 tahun bersama rakan-rakan pengumpul dan peminat keris sering melayari internet atau laman sosial untuk mengikuti perkembangan warisan persenjataan dan budaya orang Melayu di dalam dan luar negara. Sewaktu berbuat demikian, mereka terjumpa seorang pengumpul barangan warga Israel yang turut menyimpan sebilah keris…










