Pas ajak UMNO kembali hidup MN tidak ikhlas - Zahid Hamidi - Utusan Malaysia

Pas ajak UMNO kembali hidup MN tidak ikhlas – Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Hamidi ketika hadir pada Majlis Perasmian Program Penggerak Wanita RISDA (PEWARIS) di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Tawaran Pas supaya UMNO kembali bekerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) disifatkan tidak ikhlas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau mengakui UMNO masih terkesan dengan tindakan Pas ketika berada dalam MN sebelum ini.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, sebelum ini, bukan UMNO yang keluar daripada MN sebaliknya Pas.

“Kami tidak fikir mereka ikhlas di dalam membuat tawaran  kerana yang keluar daripada MN bukan UMNO tapi mereka yang keluar.

“Mereka yang melakukan karenah melebihi apa yang kita persetujukan.

Mereka yang menikam kami (UMNO) dari belakang,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Penggerak Wanita Risda (Pewaris) di sini, hari ini.

Katanya, beliau menyantuni tawaran kerjasama oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin baru-baru ini namun, ia bukan tawaran rasmi oleh Pas.

Ahmad Zahid berkata, Mursyidul Am Pas  tidak dapat membuat keputusan kerana ia (keputusan sebenar) mesti ditentukan oleh Jawatankuasa Pas Pusat dan perlu dibincangkan dalam Majlis Syura.

Sebelum ini, Hashim dilaporkan berkata, beliau yakin kerjasama antara Pas dan UMNO masih boleh dihidupkan kembali pada PRU16 melalui MN.

Menurutnya, ramai yang percayakan masih ada peluang untuk merealisasikan kerjasama antara kedua-dua parti tersebut.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN