PARLIMEN: 1,696 doktor tinggalkan Kementerian Kesihatan

PARLIMEN: 1,696 doktor tinggalkan Kementerian Kesihatan

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,696 pegawai perubatan meninggalkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 2022.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sebanyak 54 peratus doktor daripada jumlah tersebut meninggalkan KKM kerana menerima tawaran berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun.

Katanya, didapati 4.5 peratus atau seramai 477 daripada jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang meninggalkan sektor awam kini bekerja di luar negara.

“Selain itu, 28 peratus (meninggalkan perkhidmatan awam) disebabkan alasan peribadi, menerima tawaran berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (enam peratus), melanjutkan pelajaran (2.7 peratus), membuka klinik sendiri (0.8 peratus) dan 0.5 peratus tidak menyatakan sebarang alasan,” katanya semasa sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun [PH-Bukit Bintang] berhubung punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memastikan pegawai perubatan kekal bersama sektor awam.

Jelasnya, kerajaan menetapkan gaji permulaan pegawai kontrak gred UD41 sebanyak RM5,197, iaitu jumlah yang jauh lebih tinggi berbanding skim perkhidmatan awam lain termasuk pegawai tadbir dan diplomatik (PTD).

Selain itu, katanya, kerajaan meningkatkan jumlah 9,822 pegawai lantikan tetap dalam tempoh 2019 hingga 2023, dengan pertambahan sebanyak 6,000 orang lagi untuk 2024 hingga 2025.

“Kerajaan juga menyediakan insentif penawaran pengajian kepakaran menerusi kemudahan cuti belajar bergaji penuh dengan Hadiah Latihan Persekutuan dan Program Latihan Kepakaran.

“Saya juga meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian berhubung skim pencen penjawat awam dan menunggu sehingga keputusan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dilaksanakan pada masa ini diumum.

Beliau menjawab soalan asal Datuk Dr. Alias Razak [PN-Kuala Nerus] mengenai perancangan jangka pendek dan panjang kementerian bagi menarik minat graduan perubatan untuk kekal berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara susulan kajian menghapuskan skim pencen penjawat awam.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya