`Menggigil tengok lori rempuh tiang elektrik sebelum terbalik' - Utusan Malaysia

`Menggigil tengok lori rempuh tiang elektrik sebelum terbalik’

Keadaan sebuah lori yang terbalik merintangi jalan di Kampung Bandar Tinggi, di sini, pagi tadi. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU:  Seorang warga emas  menggigil  menyaksikan dari jarak dekat sebuah lori merempuh tiang elektrik lalu terbalik di Kilometer 34, Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Kampung Bandar Tinggi, di sini, pagi tadi.

Mohamad Husin, 69, berkata, kejadian pada  pukul 10.30 pagi itu berlaku dalam jarak lima meter dari motosikal ditunggangi  berhenti di hadapan rumah untuk melintas jalan.

“Saya hendak ke Pekan Kuala Klawang, semasa menunggu jalan ‘clear’ sebelum saya ternampak sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan disyaki cuba elak sebuah kereta arah bertentangan.

” Lori berkenaan kemudian langgar tiang elektrik lalu terbalik sebelum melintang tengah jalan dengan jarak lebih kurang lima meter dari saya. Saya menggigil sebab terlalu terkejut,” katanya ketika ditemui di lokasi.

Cerita Mohamad Husin lagi, selepas kembali tenang dia bergegas ke arah lori dan melihat dua lelaki berjaya menyelamatkan diri keluar dari cermin lori.

” Isteri saya dengar bunyi dentuman terus ke depan rumah dan tanya kenapa saya tidak lari. Saya tidak tahu nak buat apa sebab itu hanya menanti sahaja, namun syukur selamat, Alhamdulillah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden, Maslan Udin, ketika dihubungi berkata, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 41 tahun tidak cedera.

” Kejadian ini membabitkan sebuah lori jenis Hino warna putih yang mana berdasarkan siasatan awal ia cuma mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas sendiri,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×