Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) yang diwakili Kumpulan Millenia White Sand (MWS) berjaya mempertahankan kemenangan Anugerah Inovasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat negeri Kelantan empat tahun berturut-turut dengan memperkenalkan produk inovasi Sustainable Solar Compactor (SSC). MWS membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000, sijil, plak dan piala pusingan. Ketua Unit Pelesenan dan Kesihatan Persekitaran MDPP, Mohd. Haqqul Mubin Othman berkata, Kumpulan MWS juga berjaya memenangi Anugerah Empat Bintang bagi produk inovasi…










