Allianz General tingkat kemudahan perkhidmatan pengecasan EV bergerak - Utusan Malaysia

Allianz General tingkat kemudahan perkhidmatan pengecasan EV bergerak

Allianz Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (Allianz General) terus menerajui penyampaian penyelesaian inovatif dan kemudahan pelanggan yang tiada tandingan melalui perkhidmatan bergeraknya untuk pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan penggantian cermin hadapan. 

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, inisiatif tersebut melambangkan dedikasi Allianz General dalam memenuhi keperluan pelangaannnya yang sentiasa berubah melalui perkhidmatan Baharu yang mengutamakan kemudahan pelanggan. 

“Di Allianz General, kami sentiasa mencari jalan untuk berinovasi dan meningkatkan pengalaman pelanggan. 

“Perkhidmatan pengecasan EV Bergerak dan penggantian cermin hadapan bergerak adalah contoh jelas bagaimana kami memenuhi keperluan pelanggan melalui penyelesaian jangka panjang dan praktikal,” katanya dalam kenyataan.

Allianz General juga telah memperluaskan perkhidmatan pengecasan EV bergeraknya kepada kawasan utama di luar Lembah Klang yang menunjukkan komitmennya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan. 

“Kami berbangga untuk menjadi peneraju inovasi dalam industri, menyediakan perkhidmatan yang bukan hanya memenuhi tetapi melebihi jangkaan pelanggan. 

“Pada masa yang sama, kami kekal komited dalam menyokong peralihan yang lestari dengan memudahkan pelanggan menghadapi cabaran menggunakan EV dengan perkhidmatan yang inovatif,” tambahnya. 

Sebahagian daripada perlindungan EV Shield Allianz General, perkhidmatan pengecasan bergerak EV adalah sangat bermanfaat untuk pemilik EV sejak pelancarannya. 

“Yang pertama dalam industri, perkhidmatan tersebut menyediakan pengecasan pantas 15-minit di lokasi, menawarkan jarak perjalanan melebihi 50km ke fasiliti pengecasan yang terdekat dan memastikan ketenangan minda untuk pemandu EV dalam situasi yang tidak dijangka.  

“Perkhidmatan tersebut telah diterima baik sejak ia mula disediakan, dengan jumlah kes yang diuruskan yang makin bertambah tiap tahun dan penggunaan awal yang berterusan pada tahun semasa,” katanya. 

Bermula 2026, Allianz General memperluaskan perkhidmatannya di luar Lembah Klang ke Pulau Pinang, Kuantan dan Johor Bahru, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pemilik EV di seluruh negara.  

Perkhidmatan penggantian cermin hadapan bergerak Allianz General telah menjadi sebuah tawaran yang luar biasa, menyediakan pelanggan kemudahan untuk menukar atau membaiki cermin hadapan yang rosak dan retak di lokasi yang diinginkan tanpa memerlukan dokumen yang rumit. 

Pelanggan hanya perlu hubungi 1800-22-5542 dan kereta perkhidmatan berjenama Allianz akan dihantar ke lokasi pilihan mereka dalam masa sejam. 

Perkhidmatan tersebut juga menggunakan cermin hadapan ganti yang asli dan mempunyai jaminan sepanjang hayat. 

Sejak perkhidmatan penggantian cermin hadapan bergerak diperkenalkan, Allianz General telah membantu ratusan kes di seluruh negara setiap tahun, selari dengan permintaan yang tinggi. 

Maklum balas pelanggan juga sangat menggalakkan, dengan kebanyakan pelanggan menyuarakan kepuasan terhadap perkhidmatan tersebut.

Dengan perkhidmatan penggantian cermin hadapan bergerak dan pengecasan EV bergerak, Allianz General akan terus dengan komitmennya dalam inovasi dan keutamaan  pelanggan, meletakkan penanda aras baharu untuk kecemerlangan perkhidmatan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN