KPDN Kuala Lumpur lupus rampasan bernilai RM1.2 juta - Utusan Malaysia

KPDN Kuala Lumpur lupus rampasan bernilai RM1.2 juta

Zakaria Shaaban (tengah) bersama Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin ketika menunjukkan barangan rampasan pada Program Pelupusan Mega KPDN WPKL di Stor Eksibit Segambut, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak  19,790  pelbagai jenis barang bernilai RM1.2 juta dirampas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan  sepanjang tahun lalu dilupuskan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendayaupayaan Pengguna dan Pengurusan) KPDN, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semua barang itu dirampas di bawah pelbagai akta termasuk Akta Cap Dagangan 2019, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Kawalan Harga.

“Tahun lalu, KPDN Kuala Lumpur melupuskan RM5.8 juta barang membabitkan 146 kes manakala pada 2022, sebanyak 152 kes dengan rampasan bernilai RM7.5 juta dan 549 kes dengan rampasan bernilai RM22.1 juta pada 2021.

“Pelaksanaan pelupusan tertinggi adalah membabitkan barangan tiruan,” kata beliau pada sidang media Majlis Pelupusan Mega KPDN di Kompleks Sentral, Segambut hari ini.

Menurut beliau, pelupusan hari ini antaranya membabitkan membabitkan  5,250 helai baju dan seluar, kasut (3,000), beg tangan dan dompet (880), selipar (5,970), jam tangan (1,000), aksesori telefon (1,300), aksesori kenderaan (1,860), minyak wangi (500) dan minuman keras (30).

Kata Zakaria,  KPDN sentiasa komited untuk  membanteras  penjualan barang tiruan dan salah guna harta intelek bertujuan membasmi aktiviti penjualan serta penggunaan barangan tiruan.

“Sasaran utama KPDN adalah untuk mengesan pemborong barangan tiruan bagi menyekat rantaian kegiatan terbabit yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Zakaria menasihati pemilik premis sentiasa berwaspada dengan penyewa masing-masing kerana pemilik juga boleh didakwa  jika  premis disewakan digunakan untuk kegiatan menjual barang-barang menyalahi undang-undang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN