Kerajaan, 13 rakan kongsi bangun e-LATiH  kursus dalam talian - Utusan Malaysia

Kerajaan, 13 rakan kongsi bangun e-LATiH  kursus dalam talian

STEVEN Sim bersama beberapa rakan kongsi ketika gimik pelancaran e-LATiH di Grand Wyndham Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia (KSM) menjalinkan memorandum persefahaman (MoU) dengan 13 rakan kongsi tempatan dan antarabangsa membangunkan platform kursus dalam talian e-LATiH. 

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, sebanyak 160,000 kursus latihan dalam talian diperkenalkan menerusi platform e-LATiH, termasuk 2,000 kursus ditawarkan  secara percuma.

Menurut beliau, platform e-LATiH meliputi tawaran kursus  kemahiran seperti  kepimpinan, pengurusan, pemikiran kritis, pemasaran digital, pembuatan dan automasi, kejuruteraan, perkhidmatan kewangan dan teknologi.

“e-LATiH  turut menawarkan kursus berkemahiran tinggi dalam sektor minyak dan gas seperti pemeriksaan, operasi dan risiko dalam menjalankan tugasan,’ kata beliau ketika ditemui di Grand Wyndham Bangsar, Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Steven berkata, MoU tersebut  turut membuka peluang kepada usaha kerjasama antara HRD Corp. dengan 13 rakan kongsi lain. 

Antara 13 rakan kongsi tersebut ialah  Microsoft, LinkedIn, Skillsoft, Harvard Business School Publishing, Go1, Asia E University, UdaCity, FutureLearn, AliBaba Cloud, Google Cloud Partner, Accenture, Rosen and Air Asia Academy. 

“Kami sasarkan  3 juta peserta memilih kursus pelbagai kemahiran menggunakan platform e-LATiH dalam tempoh  tiga tahun akan datang berbanding 1.22 juta peserta ketika ini sejak dilancarkan pada 2021,” kata beliau.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×