SEREMBAN: Keluarga lelaki yang maut dipukul selepas terlibat dalam kemalangan di Taman Pelangi Semenyih 2, Kajang, kelmarin mahu pelaku kejadian dikenakan hukuman yang setimpal. Bapa mangsa, Samad Bakar, 70, berkata, dia sendiri tidak sanggup untuk melihat video tular kejadian yang telah mengorbankan anak keduanya itu, Allahyarham Shahril Samad, 42. “Saya tak sanggup lihat video kejadian membabitkan arwah. Orang yang buat sebegitu ke atas anak saya sehingga maut patut dikenakan hukuman…










