PADANG BESAR: Cuaca panas yang berlarutan ditambah lebih sebulan tiada hujan di Perlis menyaksikan pokok getah dan hasil susu getah kering sekali gus memberi kesan kepada penoreh. Malah, kebun-kebun getah khususnya di Chuping yang merupakan antara titik panas di negeri ini menjadi lokasi paling terjejas dan hasil berkurangan. Chuping pada 9 April 1998, pernah merekodkan suhu tertinggi dan terpanas di Malaysia, iaitu 40.1 darjah Celsius. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang…










