JOHOR BAHRU: Seorang Juruteknologi Makmal Perubatan di Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini didakwa atas 25 pertuduhan menerima rasuah antara 2019 hingga tahun lalu. Walau bagaimanapun, Saifulamin Sabran, 52, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa bersetuju menerima suapan daripada enam individu antara RM500 hingga RM2,000 melibatkan jumlah keseluruhan RM16,150. Kesemua wang suapan itu…