PETALING JAYA: Anggota juruiring bermotosikal yang didakwa menahan aliran trafik membabitkan kenderaan berat secara tiba-tiba akan disiasat Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS). Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengarahkan JIPS untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian. “Pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) sudah menyerahkan kes berkenaan kepada kontinjen Kuala Lumpur untuk menjalankan siasasatan. “Justeru, polis kontinjen Kuala Lumpur menerusi JIPS akan menjalankan siasatan dan…










