Eropah terima produk kelapa sawit 2025

Eropah terima produk kelapa sawit 2025

JOHARI Abdul Ghani ketika mengadakan perbincangan dengan Michalis Rokas berhubung kemasukan produk kelapa sawit Malaysia ke Eropah di Kementerian Perladangan dan Komoditi di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memastikan produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia terus diterima pakai di negara-negara Eropah menjelang 2025.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkara itu dicapai dalam pertemuan beliau dengan Duta Besar dan Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah (EU), Michalis Rokas, semalam.

Rokas adalah individu yang terlibat secara langsung dalam pemantauan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan-EU (EUDR).

Katanya, perjumpaan itu adalah antara usaha bagi memastikan semua produk berkaitan kelapa sawit dari Malaysia tidak mempunyai halangan untuk memasuki pasaran Eropah.

Beliau berkata, ini kerana Kesatuan Eropah telah mengetatkan dari segi pematuhan yang berkaitan dengan alam sekitar khususnya dalam soal-soal berkaitan penebangan hutan.

“Melalui perbincangan hari ini (semalam), mereka telah memahami isu yang berkaitan dan menggalakkan kita untuk terus membantu setiap pekebun kecil ini agar dapat bersama-sama dalam konsep kemampanan kelapa sawit,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial, semalam.

Terdahulu, Johari berkata, per­wakilan EU dimaklumkan mengenai hampir 98 peratus ladang-ladang kelapa sawit di Malaysia telah memenuhi standard skim pensijilan bertaraf global iaitu pensijilan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

“Dari segi standard dan kriteria yang ditetapkan oleh pensijilan MSPO sebenarnya adalah lebih tinggi dari keperluan yang dikeluarkan oleh regulasi EUDR.

“Cuma ada sebahagian jurang di antara MSPO dan regulasi EUDR di mana kita turut mengambil kira kepentingan pekebun-pekebun kecil yang bergantung dengan hasil berskala kecil,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN