SEPANG: Dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di Kampung Baru Dengkil di sini, 17 Februari lalu akan di tuduh di Mahkamah Majistret Sepang, pada Selasa depan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kedua-dua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana bergaduh di tempat awam. Beliau berkata, seorang daripada individu berkenaan adalah pengadu manakala, seorang lagi adalah individu yang mengeluarkan ugutan. “Kedua-dua mereka…