Syarikat kapal diwajib tandatangan CBA

Syarikat kapal diwajib tandatangan CBA

TUNKU ISMAIL TUNKU YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu mewajibkan semua syarikat perkapalan di negara ini menandatangani Perjanjian Kolektif (CBA) bagi memastikan kebajikan pelaut terjaga termasuk berkaitan isu tunggakan gaji.

Presiden Pelaut Luar Pesisir Malaysia (MOS), Kapten Tunku Ismail Tunku Yahaya berkata, buat masa ini pelaksanaan CBA tidak diwajibkan, menyebabkan masih terdapat syarikat mengabaikan perlindungan menyeluruh kepada pekerja mereka.

Katanya, langkah mewajibkan CBA dapat memastikan ke­telusan setiap perjanjian antara syarikat kapal dan pekerja.

“Ketiadaan CBA menyebabkan syarat pekerjaan banyak bergantung kepada kontrak individu.

“Ini menyebabkan perlindu­ngan pelaut berbeza antara sya­rikat dan menyukarkan penye­lesaian apabila timbul isu se­perti tunggakan gaji atau pertikaian sya­rat perkhidmatan,” katanya ke­pada Utusan Malaysia sema­lam.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Laut, Datuk Dickson Dollah berkata, pihaknya kini sedang meneliti mekanisme receivership (penerima dan pengurus) bagi memastikan gaji kru kapal MV Berkat Tuah diselesaikan, seandainya syarikat kapal gagal melunaskan bayaran berkenaan.

Semua kru terlibat sebelum ini terkandas hampir setahun di perairan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan gaji tertunggak.

Dalam pada itu Tunku Ismail berkata, kerajaan dalam masa yang sama perlu mengkaji mekanisme sesuai bagi memberikan insentif kepada syarikat yang melaksanakan CBA seperti potongan cukai

“Apabila hak pekerja dilin­dungi menerusi perjanjian kolektif, keyakinan pelaut terhadap industri akan meningkat.” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN