KAMPAR: Membantu dan melibatkan diri dalam perihal kebajikan anak-anak yatim dan golongan asnaf besar pahalanya sekiranya dilakukan dengan niat ikhlas. Sehubungan itu, Majlis Daerah Kampar (MDKpr) dengan kerjasama Klinik Dr Siti Kampar menganjurkan Program Semai Bakti Jom Berkhatan di Hotel De Cassia di sini semalam. Seramai 30 kanak-kanak merangkumi anak-anak yatim, asnaf termasuk anak-anak golongan B40 diraikan di hotel dengan menikmati makanan, menerima hadiah untuk kegunaan persekolahan selain dibenarkan mandi…










