200 penduduk lega jalan sementara siap dua minggu lagi

200 penduduk lega jalan sementara siap dua minggu lagi

ABDUL Hadi Awang Kechil (kiri) sedang meninjau pembinaan jalan sementara ke Kampung Janggut Seberang, Jeli, Kelantan. UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELI: Kira-kira 200 penduduk Kampung Janggut Seberang di sini, yang terputus hubungan akibat jalan runtuh ekoran banjir pada 29 Disember lalu menarik nafas lega apabila jalan pembinaan laluan sementara dijangka siap sepenuhnya dua minggu lagi.

Pembinaan jalan sementara itu jenis konkrit susulan laluan tersebut runtuh runtuh akibat hujan lebat pada 29 Disember lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, kerja-kerja pembinaan laluan itu setakat ini sudah mencapai 60 peratus siap.

Menurutnya, pembinaan jalan sejauh 130 meter (m) itu membabitkan kos sebanyak RM80,000.

“Pembinaan jalan sementara itu telah bermula sejak dua minggu lalu membabitkan pembinaan jalan konkrit serta longkang untuk saluran air.

“Bagaimanapun,laluan ini telah dibuka untuk kenderaan ringan sejak dua hari lalu bagi memudahkan penduduk untuk menjalankan aktiviti harian,”katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, seorang penduduk, Amran Mohd. Zelan,37, memberitahu, pembinaan laluan sementara ini amat membantu penduduk di sini setelah hampir sebulan terputus hubungan.

“Sebelum ini, kami terpaksa berjalan kaki dan melalui kebun buah-buahan penduduk kampung untuk keluar bekerja serta menghantar anak ke sekolah.

“Alhamdulillah sejak dua hari lalu, kami sudah boleh melalui jalan sementara ini dengan kenderaan ringan, namun masih perlu berhati-hati kerana jalan berkenaan masih belum siap sepenuhnya,”ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kira-kira 50 buah keluarga di Kampung Janggut Seberang, di sini terputus hubungan selepas jalan utama yang menjadi laluan utama untuk keluar dan masuk ke kampung berkenaan runtuh.

Tinjauan di kawasan tersebut mendapati, keseluruhan struktur jalan itu runtuh sehingga menyebabkan laluan utama ke kampung berkenaan tidak dapat digunakan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN