Penghuni bangunan pejabat dipindah susulan gegaran selama 15 saat

Penghuni bangunan pejabat dipindah susulan gegaran selama 15 saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Semua penghuni sebuah bangunan pejabat di Jalan Lingkaran 2 dekat sini keluar dan berkumpul di kawasan selamat sebagai langkah berjaga-jaga susulan gegaran yang dirasai selepas gempa bumi bermagnitud 5.7 melanda kira-kira 55 kilometer (km) di barat daya Langsa, Indonesia, tengah hari tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 berhubung kejadian itu pada pukul 12.32 tengah hari.

Komander Operasi, PBK II Nur Ariffin Mantali berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sungai Besi bersama sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) serta enam anggota digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.

“Pemanggil memaklumkan beliau merasai gegaran padab bangunan itu selama kira-kira 15 saat sebelum bertindak meninggalkan bangunan dan berkumpul di kawasan selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba kemudian menjalankan pemeriksaan menyeluruh terhadap struktur bangunan bagi memastikan tahap keselamatan.

“Hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang rekahanatau kerosakan struktur dikesan dan bangunan disahkan berada dalam keadaan baik serta selamat untuk diduduki semula,” katanya.

Menurutnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.06 petang selepas pihak bomba mengesahkan tiada ancaman kepada penghuni bangunan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN