CYBERJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menawarkan 20 teknologi pintar buatan tempatan yang boleh dimanfaatkan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara. Menterinya, Chang Lih Kang berkata, buat masa ini, 20 teknologi tempatan itu dilihat sesuai untuk memantapkan lagi sistem penyampaian dan pengurusan di peringkat PBT. Menurut beliau, ia termasuk sistem pintar pengurusan sisa pepejal, konsep pengurusan bandar pintar dan produk tenaga diperbaharui dan sistem pengesanan cerun.…









