RANTAU PANJANG: Seorang petani kerugian lebih RM25,000 selepas tanaman mentimun yang diusahakannya secara fertigasi di Kampung Telaga Mas di sini musnah ditenggelami banjir, minggu lalu. Situasi tersebut sekali gus meranapkan impian Mohd. Nor Hafiz Mohd. Nor, 32, untuk menuai hasil tanaman mentimun yang diusahakannya itu. Menurutnya, ini merupakan kali kedua dia berdepan kerugian akibat banjir sejak tahun 2022. “Sebelum ini kawasan ladang tidak pernah ditenggelami air lebih 0.7 meter. Kalau…










