Ramai tidak sabar kemas kini PADU

Ramai tidak sabar kemas kini PADU

padu
Pegawai Jabatan Perangkaan Malaysia, Khairunnisa Khaidir (kanan) membantu orang ramai ketika mendaftar PADU di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya semalam. – UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebaik dilancarkan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) mengalami masalah teknikal kerana terlalu pengunjung ‘menyerbu’ laman sesawang itu untuk melakukan kemas kini.

Ramai yang teruja untuk mengetahui butiran direkodkan PADU.

Pada mula pembukaan, portal berkenaan menolak pendaftaran cuba dibuat atas sebab antaranya poskod dimasukkan tidak sama dengan maklumat dalam MyKad.

Selain itu, laman web tersebut juga kemudian tergendala beberapa minit dengan tertera notis ‘Harap Maaf. Sistem sedang mengalami jumlah trafik yang tinggi. Cuba semula sebentar lagi.’

Gangguan teknikal laman web itu turut dipercayai mempunyai kaitan dengan tawaran kerajaan kad NFC Touch ‘n Go percuma kepada 3,000 pendaftar pertama PADU.

Tinjauan mendapati ramai menyokong PADU berban­ding yang menolak kerana berpendapat subsidi sepatutnya diberikan untuk golongan memerlukan.

Pekerja sebuah firma guman, Nasrul Aiman Mahazir, 24, berkata, menerusi PADU, kerajaan boleh menghentikan pertindihan bantuan kerajaan dan kerajaan negeri.

“Bayangkan dalam satu keluarga ada empat orang dan setiap seorang menerima dua sampai tiga bantuan kerajaan, kalau empat orang menerima­nya adilkah? kata Nasrul.

Seorang usahawan, Jaspall Singh Surtar Singh, 55, berkata, dengan adanya PADU stok barangan bersubsidi boleh dika­wal dan dibeli kumpulan sasar.

Kata beliau, tanpa satu sistem yang cekap, kerajaan terpaksa menanggung rugi kerana subsidi turut dinikmati orang kaya.

Turut menyambut baik PADU ialah peniaga gerai makan, Sarina Salleh, 45, berkata, dia yakin PADU akan mengubah negara ke aras lebih sistematik.

“Cuma kerajaan kena te­ngok keselamatan PADU ke­rana risau terdapat penipuan,” kata Sarina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×