Kerajaan tidak akan 'jual' data PADU, kekal untuk kegunaan kerajaan

Kerajaan tidak akan ‘jual’ data PADU, kekal untuk kegunaan kerajaan

AKMAL NASRULLAH MOH NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk ‘menjual’ data Pangkalan Data Utama (PADU) kepada pasaran terbuka sebaliknya kekal bagi kegunaan kerajaan dan perkhidmatan awam.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, PADU akan terus kekal sebagai platform dan kemudahan sokongan utama bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

Beliau berkata, tumpuan PADU ketika ini adalah membantu agensi kerajaan dalam proses verifikasi dan analisis data bukannya ebagai sumber hasil.

“Saya tidak fikir kami mahu komersialkan data PADU kerana tumpuannya kepada adalah perkhidmatan kerajaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian dan Hala Tuju PADU, di sini hari ini.

Katanya, PADU juga akan terus berperanan sebagai sistem sokongan utama yang menghubungkan data merentas pelbagai agensi.

Akmal berkata, fasa pembinaan PADU kini telah selesai dan kini adalah fasa memberikan perkhidmatan.

Ditanya sama ada kos pembangunan PADU sebanyak RM85 juta berbaloi kepada kerajaan Akmal berkata, kos itu tidak dibazirkan kerana PADU kini mempunyai banyak fungsi dan peranan.

“Tak akan dibazirkan kerana PADU ada begitu banyak fungsi. Buat masa ini,
platform itu telah tersedia ia perlu dimanfaatkan sepenuhnya dengan memastikan kemahiran dan kekuatan sedia ada dapat ditawarkan secara efektif kepada agensi terlibat.

“Ini penting supaya setiap perkhidmatan yang dibangunkan benar-benar memberi nilai tambah kepada operasi mereka.
Cabaran utama adalah untuk memastikan semua agensi memahami kepentingan dan manfaat perkhidmatan tersebut.

“Kefahaman ini akan membantu mereka mengintegrasikan penggunaan platform dalam tugasan harian sekali gus meningkatkan kecekapan pelaksanaan tugas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN