Penganggur ditahan terlibat pecah masuk rumah, curi kereta

Penganggur ditahan terlibat pecah masuk rumah, curi kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang penganggur dipercayai terlibat dalam kes pecah rumah dan curi kenderaan di Bandar Baru Ampang di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang kontraktor berusia 28 tahun pada 7.30 pagi, Selasa lalu. 

Katanya, pengadu mendapati pintu hadapan rumah dan pintu gerigi besi dalam keadaan terbuka. 

“Pengadu buat pemeriksaan mendapati beg dompet mengandungi dokumen penting, wang tunai dan kunci kereta Proton Saga telah tiada di atas meja bahagian ruang tamu. 

“Kemudian dia membuat semakan di kawasan parkir dan mendapati kereta Proton Saga telah tiada disyaki dicuri,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Susulan itu, Mohd. Azam berkata, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun pada pukul 7 malam, keesokan harinya berhampiran kawasan terbabit. 

Jelasnya, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin dan ampethamine. 

“Semakan lanjut turut mendapati suspek mempunyai 15 rekod lampau jenayah dan dadah.

“Turut dirampas, kereta Proton Saga, kunci kereta, pelbagai jenis kunci, tujuh gulung wayar dan satu dompet mengandungi dokumen penting bagi membantu siasatan,” ujarnya. 

Tambahnya, suspek direman dan disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan (KK) kerana pecah rumah bagi tujuan melakukan curi dan Seksyen 379A KK atas kesalahan mencuri kenderaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN