Pekerja ladang dikhuatiri lemas redah air melimpah atas jalan - Utusan Malaysia

Pekerja ladang dikhuatiri lemas redah air melimpah atas jalan

MANGSA yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dikhuatiri lemas ketika cuba meredah air parit yang melimpah atas jalan pada ketinggian 0.33 meter di jalan MR1 Ladang Sungai Bebar Utara di Pekan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Seorang pekerja ladang dikhuatiri lemas ketika cuba meredah air parit yang melimpah atas jalan di laluan utama ladang di jalan MR1 Ladang Sungai Bebar Utara di sini.

Mangsa, Muhammad Adhwa Haslan, 31, dikatakan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di ladang YP Pekan Timur menuju ke rumahnya yang terletak di Ladang Sungai Bebar Utara bersama rakannya yang merupakan penyelia ladang.

Ketua Polis Daerah, Suprintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dianggarkan berlaku kira-kira pukul 4.55 petang semalam.

“Semasa dalam perjalanan pulang, mangsa dan rakannya masing-masing menunggang motosikal mendapati air parit melimpah atas jalan dengan kedalaman lebih kurang 0.33 meter.

“Sewaktu meredah air, motosikal yang ditunggangi mangsa hilang kawalan dan menyebabkan dia terbabas dan terjatuh kedalam parit,” katanya di sini hari ini

Tambah Mohd. Zaidi, sebaik mangsa didapati terjatuh dalam parit, seorang pengawal keselamatan yang berada berhampiran bertindak terjun ke parit bagi menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun usaha pengawal keselamatan terbabit tidak berjaya kerana arus air parit terlalu deras. Rakan mangsa kemudiannya bertindak menelefon pengurus ladang bagi mendapatkan bantuan,” katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di sekitar tempat kejadian mendapati laluan dilalui mangsa ditenggelami air banjir dan berarus deras.

“Pihak polis sudah memaklumkan kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Nenasi, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan untuk gerakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Gerakan SAR akan disambung semula pukul 8 pagi ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya