TELUK INTAN: Menara Condong Teluk Intan menjadi tumpuan ramai apabila dihiasi tanglung sempena Tahun Baharu Cina tidak lama lagi. Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kawasan dataran menara itu dipenuhi pengunjung terutama pada waktu malam kerana ia lebih menyerlahkan keindahannya yang dipasang lampu. Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Lee berkata, dia datang ke Menara Condong bersama anak-anaknya selepas mendapat tahu terdapat hiasan tanglung. Menurutnya, dia sangat tertarik dengan keindahan menara itu.…










