Malaysia terus gesa Palestin diterima sebagai anggota PBB

Malaysia terus gesa Palestin diterima sebagai anggota PBB

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia te­rus menyuarakan gesaan supaya Palestin diterima sebagai anggota ke-194 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan gencatan senjata segera di Gaza yang kini masih lagi bergolak akibat pe­perangan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasrat rakyat dan kepemimpinan kerajaan itu disampaikan sendiri Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Gutteres di New York, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Perdana Menteri berkata, gesaan itu seiring dengan kenya­taan Gutteres di Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda bahawa hak Palestin untuk membina sebuah negara merdeka tidak boleh dinafikan.

“Keamanan dan kedamaian hanya dapat dicapai dan dipertahan jika hak sebenar dikembalikan kepada yang berhak. Jika penindasan, kekerasan, rampasan hak dan dasar aparteid dibenar berleluasa, nescaya tiada suatu noktah yang selamat dalam kehidupan.

“Pasti suatu hari, sekarang atau di masa hadapan, mereka yang tertindas dan dinafikan segala hak akan bangkit menentang ketidakadilan sebegini,” katanya dalam satu kenya­taan, semalam.

Pada masa sama, Anwar menegaskan, Malaysia kekal dengan pendirian berprinsip iaitu Palestin berhak mendapat hak membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat berdasar garis sempadan pra-1967 dengan Baitulmuqqadis sebagai ibu kota.

Sementara itu, Mohamad yang kini berada di New York berkata, Malaysia akan terus berjuang mengikut kemampuan untuk menamatkan ketidakadilan dan ketidaksahan dalam peperangan di wilayah tersebut.

Justeru, beliau yang sedang menyertai Debat Terbuka Pe­ringkat Menteri di Majlis Ke­selamatan PBB berhubung situa­si di Asia Barat termasuk isu Palestin menegaskan bahawa negara tersebut perlu diterima sebagai anggota ke-194 PBB.

“Kami menggesa Majlis Ke­selamatan PBB untuk bertindak sekarang. Majlis Keselamatan perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan pe­perangan dan menyelamatkan nyawa orang awam. Hentikan hukuman secara menyeluruh sekarang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×