Jamail terpaksa 'serah' tugas cari rezeki kepada isteri

Jamail terpaksa ‘serah’ tugas cari rezeki kepada isteri

JAMAIL Abd. Rahman ditemani Rozita Tumirin menunjukkan kaki kirinya yang dipotong akibat penyakit kencing manis di Rumah Murah Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Sebelum ini dia menjadi tunggak keluarga dengan melakukan pelbagai pekerjaan bagi menyara kehidupan bersama isteri dan tiga orang anak yang semakin membesar.

Namun, setelah kaki kiri dipotong sehingga paras lutut akibat penyakit kencing manis pada 1 November tahun lalu, kehidupan Jamail Abd. Rahman, 55, kini berubah dan hanya mampu duduk di rumah.

Sebelum kaki kirinya dipotong, beberapa jari kaki juga terpaksa dipotong bagi mencegah jangkitan daripada merebak, namun bekas tukang masak di beberapa hotel dan resort itu sebelum menjalankan perniagaan sendiri kini terpaksa duduk dan ‘menyerahkan’ tugas mencari rezeki kepada isterinya, Rozita Tumirin, 48.

“Kini isteri yang mengambil alih tugas mencari rezeki dengan membuat kuih-muih yang dihantar kepada peniaga ‘kabin’ di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benut setiap pagi.

“Adalah dapat keuntungan antara RM40 hingga RM50 sehari, bergantung jumlah bungkusan kuih yang dihantar dengan anggaran 20 hingga 30 bungkus,” katanya ditemui Utusan Malaysia di kediaman di Rumah Murah Benut, dekat sini.

Jamail yang merupakan bekas Ketua UMNO Cawangan Bandar Benut, mempunyai tiga orang anak, iaitu seorang perempuan dan dua lelaki betusia antara 14 hingga 23 tahun.

“Anak sulung sudah bekerja, dapatlah sedikit bantu keluarga dan adik-adiknya yang masih bersekolah di SMK Benut,” katanya sambil memberitahu dia turut menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan sedang menunggu bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

“Ada juga pendapatan daripada sewa rumah kedai arwah ayah di bandar Benut sebanyak RM700 sebulan, tetapi dibahagikan dengan adik beradik yang lain, dapatlah RM100 sebulan,” jelasnya.

Setiap bulan dia akan ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat bagi mendapatkan rawatan dan pemeriksaan susulan dengan perbelanjaan sebanyak RM150 serta turut membayar sewa rumah di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor yang diduduki sejak 30 tahun lalu sebanyak RM127.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyalurkan sumbangan ke dalam akaun Maybank Jamail bernombor 101020388236 atau menghubunginya menerusi talian 011-33675105.muhammad

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya