PONTIAN: Bayaran elaun untuk imam surau sebanyak RM100 sebulan bagi memastikan pengimarahan surau sentiasa berjalan terutama solat lima waktu adalah tidak setimpal dengan tugas dipikul. Dalam masa sama, terdapat surau-surau yang melaksanakan solat Jumaat atau ‘Surau Jumaat’, namun mereka tidak menerima bayaran tambahan daripada pihak-pihak berkaitan. Seorang imam surau di daerah ini yang enggan dikenali memberitahu, walaupun perkara ini pernah ditimbulkan 10 tahun lalu hingga kini keadaan masih tidak berubah.…










