3.5 juta tidak layak dapat subsidi

3.5 juta tidak layak dapat subsidi

SELAMA ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 bilion bagi membantu rakyat miskin dan mereka yang memerlukan khususnya yang tinggal di desa dan pedalaman. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Subsidi yang kini berjumlah hampir RM80 bilion yang sepatutnya hanya dinikmati golongan susah dikesan telah ‘dirampas’ oleh 3.5 juta warga asing dan orang kaya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selama ini kerajaan membelanjakan kira-kira RM22 bilion bagi membantu rakyat miskin dan mereka yang memerlukan khususnya yang tinggal di desa dan pedalaman.

Bagaimanapun, tegas Perdana Menteri, kajian menunjukkan tidak semua peruntukan tersebut sampai kepada golo­ngan sasar berikutan wujud pelbagai ketirisan.

“Mana mungkin masih wujud miskin tegar dalam negara ini sekiranya perbelanjaan berjumlah RM22 bilion dan subsidi RM80 bilion itu semuanya sampai kepada golongan miskin dan orang-orang susah.

“Kerana itu saya tidak sanggup untuk membiarkan ketirisan dana kerajaan ini berterusan atau membenarkan hak orang-orang susah dirampas golongan kaya dan berkemam­puan,” katanya dalam kenya­taan semalan.

Sehubungan itu, katanya, sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan kelmarin bertujuan menghentikan ketirisan dan kebocoran sedemikian seterusnya memastikan hanya mereka yang berhak dapat menikmati subsidi serta manfaat lain menerusi penyasaran berkesan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pendaftaran sistem PADU sudah dibuka secara langsung bermula kelmarin sehingga 31 Mac ini bagi membolehkan orang ramai mengemas kini serta mengesahkan maklumat peribadi se­perti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.

Sistem PADU dibangunkan melalui kepakaran tempatan di Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Sementara itu di PUTRAJAYA, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan sistem PADU tidak akan ditangguhkan biarpun timbul beberapa isu teknikal selepas ia diluncurkan.

Menurutnya, jemaah menteri yang bermesyuarat semalam turut memutuskan PADU akan diteruskan seperti dirancang.

“Ketika ini kerajaan mendapati sistem tersebut berjalan lancar, malah isu-isu berbangkit berjaya diselesaikan dalam jangka masa singkat.

“Pemantauan tentang isu keselamatan juga terus dila­kukan dan tidak timbul isu untuk menangguhkan PADU,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Fahmi menambah, beliau juga percaya segala isu berbangkit mengenai pelaksanaan PADU dititikberatkan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pasukannya.

Jelasnya, jemaah menteri turut merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan PADU ke­rana bertungkus-lumus dalam tempoh singkat bagi memastikan sistem itu tersedia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN