Vera dedah ada kelab Indonesi mahu dapatkan khidmatnya

Vera dedah ada kelab Indonesi mahu dapatkan khidmatnya

ALFREDO Vera
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera mendedahkan ada kelab Liga 1 Indonesia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai jurulatih.

Vera bagaimanapun berkata, beliau masih belum lagi membuat keputusan muktamad kerana masih mempunyai baki kontrak bersama Kelantan FC.

“Saya belum menurunkan tanda tangan tetapi sudah berbincang dengan sebuah kelab.

“Rasanya untuk sementara, lebih baik saya kembali ke Indonesia kerana saya juga mempunyai keluarga di sana ,” katanya ketika ditemui pemberita selepas tamat aksi terakhir Liga Super musim ini di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

Jurulatih kelahiran Argentina itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan kembali ke Liga Malaysia (Liga-M) sekiranya masih ada pihak yang berminat untuk menggunakan khidmatnya pada masa hadapan.

“Pada masa hadapan jika masih ada pihak menyukai khidmat saya, mungkin saya boleh kembali ke sini (Liga-M). Saya sudah berusaha dengan pasukan ini (Kelantan) pada tahap maksimum tetapi situasi tidak ‘real’ sewaktu saya sampai ke sini (indah khabar dari rupa).

“Tetapi saya tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana saya fikir semua pasukan di Liga Super ada masalah. Namun semua pihak memberi tumpuan kepada kita (Kelantan) kerana kita tidak punya pemain dan mengalami kekalahan besar,” ujarnya.

Dalam perkembangan Vera yang diminta mengulas situasi sebenar Kelantan FC ketika ini dan musim hadapan beliau memilih untuk mengunci mulut.

Katanya, lebih baik semua pihak memberikan tumpuan kepada perkara-perkara positif yang berlaku dalam pasukan termasuk perkembangan prestasi beberapa pemain ke arah lebih baik.

“Ada sesuatu yang saya tidak boleh cakap kerana…apa yang dibincangkan mungkin dilihat meletakkan saya dalam situasi selamat tetapi itu tidak benar. Lebih baik saya terima sahaja apa yang terjadi.

“Kita sudah kalah… kita sudah selesai. Tetapi ada yang positif dan kita harus selalu cari. Apa beberapa pemain sudah berani bermain bola sepak dan ada kemajuan terutama Mohamad Khalaif Mohd. Maskam,” katanya.

Vera memberitahu, beliau sentiasa menasihatkan barisan pemain agar sentiasa mempunyai tanggungjawab dan fokus penuh jika betul-betul mahu membina karier sebagai pemain bola sepak profesional.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak boleh mewakili semua pemain kerana setiap orang pasti berdepan situasi berbeza yang mana sesetengahnya mungkin lebih bernasib baik berbanding rakan-rakan lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya