Pengedar dadah bergelut ketika ditahan polis

Pengedar dadah bergelut ketika ditahan polis

PIL kuda yang dirampas selepas polis berjaya menahan seorang lelaki dalam serbuan di tepi jalan Sungai Asap B, Gua Musang, Kelantan semalam.-IHSAN POLIS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anggota polis terpaksa bergelut sebelum berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis pil yaba atau pil kuda dalam serbuan di tepi jalan Sungai Asap B di sini, semalam.

Penahanan suspek berusia 46 tahun dalam serbuan pukul 1 tengah hari itu membawa kepada rampasan 1,070 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM11,920.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum itu anggota bertugas terpaksa bergelut sebelum berjaya memberkas suspek.

“Hasil pemeriksaan fizikal di dalam motosikal mangsa dan tempat kejadian telah menjumpai sejumlah 5 paket plastik berwarna biru berisi 113.0 gram pil Yaba, 7 keratan plastik cerah berisi 7.5 gram pil yaba dan 1 keratan foil aluminium berisi 1.8 gram pil psikotropik dengan jumlah keseluruhan 1,070 biji.

“Ujian saringan air kencing telah dijalankan dan didapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod lampau berkait kesalahan dadah,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39A(1) ADB 1952, Seksyen 12(2) ADB 1952, dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Katanya, perintah tahanan reman akan dimohon selama seminggu bermula hari ini.

“Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan jenayah penyalahgunaan dadah, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau balai berdekatan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya