Maritim Malaysia lakukan 1,114 tangkapan di perairan negara - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia lakukan 1,114 tangkapan di perairan negara

KETUA Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Hamid Mohd. Amin beramah mesra bersama media pada Hari Bersama Media Maritim Malaysia di Lapang Sasar Mantin, Seremban hari ini.-UTUSAN/AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak 154,463 pemeriksaan, 38,867 penggeledahan dan 1,114 tangkapan di perairan negara di perairan negara telah dilakukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sejak bulan Januari hingga November lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd. Rosli Abdullah berkata, sebanyak 1,365 nyawa mangsa di selamatkan daripada 1,487 kes di laut.

Menurutnya, selain tugas penguatkuasaan di perairan Malaysia, Maritim Malaysia juga berperanan dalam operasi bersama negara jiran dalam memerangi jenayah rentas sempadan serta menangani pencemaran maritim.

“Langkah-langkah proaktif telah diambil untuk melindungi kehidupan di laut khususnya daripada segi ancaman pencerobohan bot nelayan asing ke kawasan zon maritim Malaysia. Selain itu, Maritim Malaysia juga turut memantau aktiviti ship to ship transfer yang berpotensi menjadi punca tumpahan minyak.

Beliau berkata demikian sewaktu Hari Bersama Media Maritim Malaysia 2023 di Lapang Sasar Mantin, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Rosli berkata, media berperanan penting dalam menyebar luas maklumat tentang pencapaian Maritim Malaysia, serta isu-isu semasa yang berkaitan dengan keselamatan di zon maritim Malaysia.

Menurutnya, berdasarkan berita yang dipaparkan kepada umum, Maritim Malaysia berharap usaha yang telah dilakukan dalam menjaga perairan negara dapat dirasai rakyat dan memberi keyakinan kepada golongan komuniti maritim tentang aspek keselamatan yang ditamatkan agensi ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya