Guru juga perlu diperkasakan dalam Kurikulum Persekolahan 2027

Guru juga perlu diperkasakan dalam Kurikulum Persekolahan 2027

Kurikulum Persekolahan 2027 berhasrat mengunakan pendekatan pendidikan karakter untuk melahirkan pelajar berkualiti. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu menyemak karakter tenaga pengajar terlebih dahulu bagi mencapai matlamat kurikulum baharu persekolahan pada 2027.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Ikatan GuruGuru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan berkata, langkah itu perlu kerana guru menjadi acuan kepada anak didik mereka dan hampir tiga per empat masa dalam kehidupan harian pelajar dihabiskan di sekolah terutamanya bersama dengan warga pendidik masing-masing.

“Untuk membina karakter orang lain agar lebih berkualiti, individu yang membimbing pelajar itu juga perlu mempunyai ciri-ciri yang sesuai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pendidikan karakter adalah antara tiga fokus hala tuju Dasar dan Kurikulum Persekolahan 2027 seperti diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, Rabu lalu.

Dua lagi fokus KPM adalah penekanan literasi dan numerasi serta kelas pembelajaran bersepadu.

Menurut beliau, pembawakan karakter pelajar ke arah tidak elok bukan sahaja disebabkan penggunaan gadget tanpa had malah turut dipengaruhi oleh kelakuan guru yang memberi teladan buruk kepada anak didik mereka.

“Justeru, bagi menjayakan misi dan hala tuju kurikulum baharu ini, akhlak yang ditonjolkan oleh para guru di depan pelajar perlu diambil kira.

DIBANTU

“Kita harus tahu,tingkah laku yang baik dalam diri pelajar dapat dibentuk jika mereka dikelilingi atau dibantu oleh orang yang mereka (pelajar) anggap sebagai insan yang dapat memberi contoh teladan yang betul,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, katanya, IGuru juga berharap agar pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 ini, dapat memberikan tekanan terhadap elemen lain seperti menyemak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada.

“Ini termasuklah dengan melihat sejauh manakah kemampuan kalangan pelajar di negara ini dalam penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira), dan juga Pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik),” katanya.

Selain itu, Mohd Azizee Hasan berkata, bagi melancarkan keberkesanan kurikulum baru ini yang diyakinkan dapat melahirkan karakter pelajar yang berkualiti di masa depan, keadaan sekolah yang masih daif juga perlu diambil peduli.

“Sebab apabila kita mahu menzahirkan kurikulum baharu, perkara asas yang berlaku dalam pendidikan kita dapat diatasi seperti isu prasarana dan infrastruktur perlu ditangani dengan baik,” katanya.

KEKAL

Utusan Malaysia semalam melaporkan Dasar dan Kurikulum Persekolahan 2027 yang diumumkan oleh KPM harus kekal meskipun jika berlakunya pertukaran kerajaan Persekutuan.

Menurut laporan tersebut, kurikulum sekolah yang selalu berubah sebelum ini menjejaskan hala tuju untuk melahirkan generasi masa depan yang berkualiti.

Sementara itu, Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan turut menyokong tenaga pengajar yang mengajar pelajar harus terlebih dahulu sempurna.

Menurut beliau, ini kerana pelajar yang berada di sekolah akan meniru karakter cikgu masing-masing.

‘`Menerusi Kurikulum baharu kerajaan mengharap pembentukan karakter seorang pelajar yang berkualiti.

“Mencapai matlmat tersebut KPM harus meneliti kualiti seluruh warga kerjanya agar memenuhi dasar baharu kelak,” kata beliau.

Katanya, selepas alam persekolahan, karakter atau akhlak termasuklah disiplin seseorang itu akan dinilai terlebih dahulu untuk diterima atau dikekalkan dalam alam pekerjaan.

Jelasnya, nilai-nilai universal yang baik terdapat pada diri seseorang diyakini dapat membuahkan produktiviti dalam mana-mana organisasi pekerjaan walaupun di luar negara.

Sementara itu, mengulas perkara tersebut, Ketua Kluster Pendidikan Majlis Profesor Negara, Prof Rosna Awang Hashim berkata, diharapkan agar segala pembuat keputusan bagi apa-apa cadangan terutamanya hal pendidikan harus bekerjasama untuk menyempurnakan pelaksanaan yang telah diusulkan.

“Kerajaan mahupun KPM perlu komited untuk melaksanakan misi kurikulum ini, walaupun berlaku perubahan politik itu tidak menjejaskan usaha dalam menjayakan kurikulum yang dapat membina masa depan,” katanya.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.