BAM rombak beregu lelaki secara besar-besaran

BAM rombak beregu lelaki secara besar-besaran

BARISAN beregu lelaki yang akan beraksi pada kejohanan akan datang. - IHSAN BAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil langkah berani merombak hampir keseluruhan struktur beregu lelaki negara dalam usaha mencari kombinasi terbaik menjelang Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Perubahan itu menyaksikan juara dunia 2022, Aaron Chia dipisahkan sementara daripada Soh Wooi Yik apabila bakal digandingkan bersama pemain muda, Aaron Tai bagi Terbuka China, Terbuka Taiwan dan Terbuka Korea, manakala Wooi Yik pula membentuk pasangan baharu bersama Man Wei Chong.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Negara, Rexy Mainaky berkata, keputusan tersebut bukan berpunca daripada hilang keyakinan terhadap pasangan utama negara, sebaliknya sebahagian daripada pelan jangka panjang untuk memburu pingat emas Olimpik pertama Malaysia.

“Kita melihat ke depan untuk 2028. Bukan kita cakap Aaron dan Wooi Yik sudah tidak menjanjikan, tetapi kita juga perlu melihat pemain-pemain muda yang bagus. Kenapa kita tidak cuba gabungkan pemain muda dengan pemain berpengalaman?” katanya.

Menurut Rexy, BAM pada asalnya merancang menggandingkan Aaron Chia bersama Tee Kai Wun lebih awal di Terbuka Jepun dan Terbuka China, namun kekangan mata kelayakan menyebabkan kombinasi itu tidak dapat direalisasikan buat masa ini.

Sebaliknya, gandingan Aaron Chia-Kai Wun dijangka memulakan kerjasama mereka pada siri Jelajah Eropah Oktober nanti, sekali gus menjadi antara pasangan yang akan dipantau rapi menjelang kitaran Olimpik baharu.

“Kita tidak boleh fikir pemain bagus digandingkan dengan pemain bagus akan terus jadi lebih bagus. Yang penting adalah keperluan dalam gelanggang dan jenis pasangan yang sesuai untuk seseorang pemain,” ujar Rexy.

Beliau menegaskan semua kombinasi baharu itu masih berada dalam fasa penilaian dan boleh berubah mengikut perkembangan prestasi, namun percaya langkah berani tersebut mampu membuka jalan kepada lahirnya gandingan mantap yang berupaya merealisasikan impian emas Olimpik di Los Angeles nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN