PN bukan milik mana-mana parti - Ahmad Samsuri

PN bukan milik mana-mana parti – Ahmad Samsuri

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dibuat secara sepihak kerana gabungan itu bukan milik mana-mana parti secara mutlak.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, PN adalah gabungan politik berperlembagaan yang ditubuhkan atas dasar muafakat parti-parti pengasas.

“Pas juga adalah antara parti pengasas PN dan saya sendiri merupakan salah seorang penandatangan rasmi penubuhan PN.

“Justeru, sebarang tafsiran mengenai status, kedudukan dan hala tuju PN tidak boleh dibuat secara sepihak. Ia hendaklah dirujuk kepada perlembagaan PN dan diputuskan melalui saluran rasmi gabungan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden Pas berkata, keutamaannya adalah memastikan PN terus diurus secara tertib, berprinsip dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat dan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN