Kerjasama Warisan, UMNO hadapi PRN Sabah?

Kerjasama Warisan, UMNO hadapi PRN Sabah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Walaupun belum ada keputusan konkrit berhubung kerjasama antaraUMNO dan Parti Warisan (Wa­risan), kedua-dua pemimpin parti itu tidak menolak kemungkinan tersebut menjelang pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sekiranya itu yang diinginkan oleh akar umbi, maka tiada alasan menolak pembentukan kerjasama UMNO dan Warisan.

“Akhirnya mana-mana parti tunggal Sabah apabila tiba masanya, mereka kena bekerjasama dengan parti Semenanjung.

KEPENTINGAN

“Ini bukan untuk kepentingan Warisan dan UMNO tetapi demi kepentingan rakyat dan Sabah, Jadi, rakyat kena bersama-sama kita,” katanya selepas Perhimpunan Agung Tahunan Warisan, di sini semalam.

Beliau berkata, kehadiran Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada perhimpunan itu adalah bagi membincangkan tentang rakyat dan wilayah Sabah yang mungkin boleh diterjemahkan menerusi kerjasama.

Menurut beliau, di peringkat akar umbi, penerimaan amat positif jadi terserah kepada ke­pimpinan parti untuk memuktamadkan kerjasama tersebut.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, pendirian Warisan cukup jelas bahawa kerjasama yang ingin dijalinkan adalah demi kepentingan rakyat dan wilayah Sabah.

Ditanya mengenai prestasi UMNO yang agak menurun, Mohd. Shafie berkata, kerjasama yang ingin dibentuk memberi fokus kepada perjuangan hak dan kepentingan Sabah, bukannya kepada prestasi UMNO.

ASAS

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena­llang mahu memberi keutamaan kepada memperjuang masalah asas seperti bekalan elektrik, air, pendidikan dan kesihatan yang menjadi isu utama di Sabah.

Dalam ucapan dasarnya, Mohd. Shafie berkata, Gabu­ngan Rakyat Sabah (GRS) dilihat gagal menyelesaikan masalah asas di Sabah.

“Dalam belanjawan negeri RM5.701 bilion baru-baru ini pun, lebih banyak projek berbanding inisiatif membantu rakyat miskin.

“Apa gunanya parti tempatan jika tanah dijual, kewangan ne­geri tidak dapat diurus de­ngan baik dan rakyat Sabah tidak terbela. Pergolakan politik hari ini cukup mencabar, kalau kita tidak main peranan perbetulkan, maka politik Sabah cukup membimbangkan.

“GRS ini gabungan yang gagal. Ini merupakan satu parti kalau diimbau sejarahnya telah melang­gar Perlembagaan Nege­ri Sabah kerana mana mungkin Hajiji (Datuk Seri Hajiji Noor) boleh menjadi Ketua Menteri sedangkan GRS tidak bertanding dalam pilihan raya,” katanya.

Dalam pada itu, Bung Moktar juga tidak menolak kemungkinan membentuk kerjasama de­ngan Warisan.

Malah, kehadiran beliau da­lam Perhimpunan Agung Wari­san itu seolah-olah mengiakan desas-desus mengenai kerjasama kedua-dua parti berkenaan.

“Kerjasama ini penting, da­lam hidup pun perlu ada kerja­sama, tiada kerjasama tidak jadi,” katanya ketika ditemui semasa Perhimpunan Agung Tahun Warisan, hari ini.

Namun, katanya, kedatangan beliau pada perhimpunan itu sekadar memenuhi jemputan Mohd. Shafie. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN