Ahli perniagaan jatuh dari jambatan ditemukan lemas

Ahli perniagaan jatuh dari jambatan ditemukan lemas

ANGGOTA bomba mengusung jenazah mangsa selepas ditemukan di jeti Pok Heng berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan hari ini-IHSAN JBPM KELANTAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang ahli perniagaan dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari Jambatan Tendong pada Selasa lalu akhirnya ditemukan lemas hari ini.

Mayat Mohd. Zulhilmi Mohd. Zamri, 37, ditemukan pada pukul 9.15 pagi di jeti Pok Heng berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra selepas operasi mencari dan menyelamat dilakukan sejak tiga hari lalu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mayat mangsa ditemukan pada jarak lapan kilometer dari lokasi asal dia terjatuh.

“Sejurus ditemukan, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“JPM Kelantan mengucapkan ribuan kasih kepada semua yang terlibat termasuk penduduk setempat, polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang membantu sepanjang operasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang ahli perniagaan yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, sempat melambai tangan sambil terkapai-kapai sebelum tenggelam.

Saksi kejadian, Zulkarnain Mohamad, 64, berkata, dia sempat menjerit dan cuba mencapai tangan lelaki itu sebelum dia jatuh ke dalam sungai tersebut.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN